Wednesday, May 26, 2010

Shuffle Dance Competition 2009




Salam satu Malaysia.

Pada 20 Disember 2009, Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu telah berjaya menjalankan program “Shuffle Dance Competition 2009”. Program ini telah berlangsung di aras 2, Kulim Landmark Central (Giant), Kulim, Kedah. Selain itu, program ini telah dirasmikan oleh Encik Shamsul Qamar bin Shamsudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang remaja-remaja di kawasan Kulim dan berdekatan dengan aktiviti sihat. Selanjutnya, program ini juga bertujuan memberi peluang kepada remaja untuk menunjukkan bakat mereka dalam tarian “Shuffle”.

Program ini telah berjaya menarik lebih daripada 200 orang penonton dengan penyertaan peserta pertandingan seramai 80 orang.Melalui program ini kami sangat gembira kerana dapat mengumpul remaja-remaja daripada pelbagai peringkat umur dan datang dari kawasan yang berlainan serta berlainan bangsa. Program ini juga telah memberi peluang kepada anak muda untuk mengendalikan program yang sebegini.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan aktiviti yang kami jalankan. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program “Shuffle Dance Competition 2009” kerana memberi bantuan serta sokongan kepada kami.




Antara Crew & Peserta yg terlibat


Juri2

YDP Pertubuhan menyampaikan hadiah

Hardstyle Genesis antara kumpulan yg bertanding.

Lambang Pertubuhan


Maksud Lambang Pertubuhan.

WARNA
Lambang Pertubuhan terdiri daripada lima (5) warna yg membawa maksud tersendiri:

Putih
Membawa maksud bersih & suci.
>> Menggambarkan Pertubuhan menerap dan mengamalkan unsur-unsur kebaikan semasa menjalankan aktiviti.

Hitam
Membawa maksud keazaman & kekuatan.
>> Pertubuhan mempunyai keazaman yg kuat untuk menjadi sebuah Pertubuhan yg disegani dengan adanya kekuatan ahli yg bersatu padu.

Biru
Membawa maksud kecemerlangan & keamanan.
>> Setiap ahli diterapkan semangat untuk cemerlang dalam hidup dan menjadi ahli masyarakat yg membawa keamanan.

Merah
Membawa maksud berani & tegas.
>> Menjadi sebuah Pertubuhan yg berani dan tegas dlm menjalankan sebarang aktiviti.

Kuning

Membawa maksud kedaulatan.
>> Ahli-ahli pertubuhan berpegang teguh kepada Kedaulatan Raja dan Rukun Negara.

REKA BENTUK



Rentangan kain dgn tulisan "Taman Selasih, Kulim, Kedah" membawa maksud Pertubuhan ditubuhkan di Taman Selasih, Kulim, Kedah.



Empat bulan sabit bersama empat bulatan yg membentuk seakan manusia berpegangan tangan membawa maksud ahli Pertubuhan terdiri dari pelbagai kaum yg bersatu padu.




Lengkungan-lengkungan yg membentuk bulatan dgn empat (4) warna asas bendera Malaysia iaitu biru, kuning, merah dan putih yg melambangkan kemuafakatan ahli-ahli Pertubuhan dan ahli-ahli mempunyai semangat kenegaraan yg kuat.









Lengkungan tulisan " PERTUBUHAN BELIA ANAK SELASIH" dan tulisan "BERSEKUTU" membawa maksud Pertubuhan ini dinamakan Pertubuhan Belia Anak Selasih, yg mana Pertubuhan juga mempunyai ahli-ahli bersekutu yg tinggal luar dari Taman Selasih.

Tujuan/Matlamat Pertubuhan

Assalammualaikum & Salam satu Malaysia..

Disini terdapat serba sedikit maklumat tentang tujuan/matlamat Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu dibentuk.


Tujuan/Matlamat Pertubuhan:

1. Menyatupadukan belia-belia di kawasan Taman Selasih, Kulim, Kedah dalam satu pertubuhan yang sihat.

2. Menganjurkan aktiviti riadah yang sihat kepada ahli serta penduduk sekitar

3. Menganjurkan pertandingan sukan dan riadah kepada ahli serta penduduk sekitar

4. Pertubuhan menjadi pusat rujukan kepada ahli dan penduduk sekitar mengenai pendidikan, kebajikan, keselamatan dan sosial masyarakat.

5. Menganjurkan aktiviti pendidikan, kebajikan, keselamatan dan sosial masyarakat.

6. Mewujudkan ahli dan masyarakat yang bersatu padu.


Kami amat berharap dengan kerjasama daripada anda semua pihak pertubuhan dapat memajukan masyarakat sekeliling dan membentuk belia yang berdaya saing.
Terima Kasih.