Tuesday, March 8, 2011

Pertanian adalah Perniagaan

Salam dan Selamat sejahtera.

Aktiviti-aktiviti penternakan, pertanian dan perikanan sedang meningkat naik kerana sumber ekonomi ini kian berkurang. Kerajaan menggesa belia-belia muda yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam bidang tersebut untuk menceburi dan membantu untuk meningkatkan sumber ekonomi Malaysia.

Akan tetapi golongan belia kebanyakannya beranggapan bidang penternakan, pertanian dan perikanan merupakan suatu bidang yang sukar kerana memerlukan kemahiran, kesabaran dan minat yang tinggi dalam bidang tersebut. Sebagai contoh bidang- bidang ini memerlukan kesungguhan kerahan tenaga dan "turun padang" untuk memantau aktiviti yang dijalankan dan kebanyakan aktiviti melibatkan kerja-kerja tanah, najis-najis haiwan dan kekotoran.

Golongan belia memandang rendah kepada bidang ini kerana tiada pendedahan secara berterusan seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan dan lain-lain bidang professional. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa pentadbirannya, beliau banyak menumpukan kepada pemulihan sektor PERTANIAN di Malaysia yang kian mundur. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bidang pertanian di Malaysia semakin diminati dengan menjadikan "Pertanian adalah Perniagaan" sebagai slogan.

Anda boleh melayari website ini untuk mengetahui tentang aktiviti penternakan yg dijalankan di Negeri Sembilan. http://www.belia.org.my .

Antara bidang-bidang penternakan, pertanian dan perikanan yang popular ketika ini :
  • Penternakan Kambing Boer, Jamnapari & Bebiri
  • Penternakan Ikan Kelisa
  • Penternakan Burung Walid
  • Penanaman rumput Napier
  • Penternakan Lintah
  • dan pelbagai lagi.





Penternakan Kambing dan bebiri semakin diminati.

Dengan lahirnya golongan belia yang meminati bidang ini pertubuhan mengharap aktiviti-aktiviti mereka dapat bergerak maju dan boleh memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.
PERTUBUHAN BELIA ANAK SELASIH BERSEKUTU MEMBERI SOKONGAN PENUH KEPADA BELIA YANG INGIN MELIBATKAN DIRI DALAM BIDANG PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN.
Sekian, terima kasih

Tahun 2011 bakal menggegarkan~

Assalamualaikum, Salam ukhwah fisabilillah, salam satu Malaysia, salam sejahtera untuk belia-belia yang berkunjung ke blog Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu, Kulim, Kedah.

Sudah lama ruangan blog tidak di isi dengan info yang berguna barangkali tiada santapan untuk dihidangkan kepada para belia sekarang.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2011 bermula dengan ceria dan pertubuhan akan kembali bergerak aktif setelah hampir setahun mendiamkan diri.

Pada, 8 Mac 2011 pihak pertubuhan telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu dan memperbaharui organisasi pertubuhan dengan ahli-ahli baru juga usul-usul baru yang akan membantu peningkatan pergerakan pertubuhan bergerak aktif.

Pertubuhan juga telah menyediakan Fan Page pertubuhan di Facebook, para belia boleh melayari dengan klik link ini : Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu dan boleh memberikan cadangan/komen/kritikan yang membina serta dapat mendekatkan diri dengan Ahli Jawatankuasa pertubuhan.

Antara cadangan-cadangan aktiviti untuk tahun 2011 :

  1. Pertandingan Bowling
  2. Aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim
  3. Perkhemahan tahunan
Kami memohon sebarang cadangan atau idea mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun ini. Diharap dengan kerjasama daripada pihak para belia dapat membantu pertubuhan bergerak dengan lebih sistematik.

Sekian, terima kasih.