Tuesday, December 13, 2011

Belia Adalah Superhero Negara!

Belia Adalah 'Superhero' Bagi Program Transformasi Jadi Kenyataan:Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.

Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya.

"Tetapi suara golongan muda bukan hanya semata-mata sebagai kritikan tetapi perlu mengemukakan idea untuk penyelesaian.

"Mereka ini seperti 'superhero' kepada negara kerana mempunyai kuasa untuk berubah dan sekiranya semua wira unggul bekerjasama dengan kerajaan maka program transformasi lebih mudah untuk menjadi kenyataan," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan sidang kemuncak belia berjudul "Membentuk Masa Depan Kita" yang dihadiri oleh kira-kira 500 pelajar universiti awam dan swasta di sini Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi MyHarapan, Roslan Bakri Zakaria.

Sidang tiga hari itu antara lain membincangkan secara terperinci bidang tertentu dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) serta mentafsirkan Program Transformai Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di mata golongan belia.

Perdana Menteri berkata maklum balas positif merupakan kunci kejayaan kepada sasaran setiap negara bagi mencapai status negara maju.

"Kini anda sedar bahawa anda boleh melakukan perubahan kepada negara sekiranya anda menyumbang secara bersama kepada pembangunan negara. Oleh kerana itu kami mahu mendengar suara rakyat dan belia sebagai sebahagian daripada proses pembangunan," jelasnya.

Najib berkata kerajaan sedang berusaha keras untuk mewasiatkan sebuah negara yang stabil dan kukuh untuk generasi akan datang.

"Saya percaya apabila kita menyerahkan baton kepada generasi akan datang, kita mahu meninggalkan sebuah negara yang kukuh dan makmur dan sebuah negara yang menjadi kebanggaan semua.

"Apabila anda menerima baton, anda perlu berlari dengan lebih jauh lagi," katanya. - BERNAMA



Bagi para belia yang belum mendaftar sebagai pengundi anda harus melaksanakannya kerana kita bakal mengubah Malaysia!

Sembah Tahniah, Daulat Tuanku!


Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah di atas perlantikan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 berkuatkuasa 13 Disember 2011.

DIRGAHAYU TUANKU

Terciptanya sejarah apabila Tuanku Sultan Abdul Halim menjadi Sultan pertama bertakhta sebagai Agong buat kali kedua setalah kali pertama pada tahun 1970.
Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950-an.
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku
Ikhlas dari Patik, Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu dan Rakyat Negeri Kedah Darul Aman

Monday, June 6, 2011

Laporan KAFD2011

it's begin! photo by: azzaharry othman


Assalamualaikum, salam 1 Belia, 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada semua.

Syukur Alhamdulillah pada 28 Mei 2011 Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu (PBASB) berjaya menganjurkan program Kursus Asas Fotografi Digital(KAFD) 2011 dengan jayanya.
Penyertaan peserta yang hampir 100 orang memberi impak positif kepada PBASB kerana membawa fenomena baru di kawasan Kulim yang sebelum ini belum ada penganjur yang berjaya menyatukan photographer-photographer seramai itu dikawasan Kulim dan sekitar.
Penyertaan peserta bukan sahaja daripada kawasan Kulim, malah peserta daripada Pulau Pinang, Alor Setar(kawasan Utara Kedah) dan Perak jugak turut serta dalam program ini.

PBASB amat berterima kasih kepada Kolej Komuniti (Cawangan Bukit Mertajam) kerana telah memberi kerjasama di dalam program ini. Ribuan terima kasih kepada penceramah program Encik Azzaharry Othman kerana telah berganding bahu dengan pihak pertubuhan untuk merealisasikan program ini di Kulim.
Sekalung tahniah dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua peserta program yang berjaya menamatkan KAFD2011.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung dalam program ini.

PBASB berharap program-program yang bakal dianjurkan tidak lama lagi juga mendapat sambutan yang meriah seperti ini.

Jom tengok gambar-gambar yang menarik pada hari tersebut!!!





Crew-crew yang merealisasikan program KAFD2011

Keseluruhan peserta yang menghadiri program

Mereka menyerang Kulim

Talk diberikan kepada semua peserta

p/s: itu sahaja untuk kali ini, terima kasih semua! :)

Sunday, May 1, 2011

Kursus Asas Fotografi Digital 2011



Menjemput belia-belia dan masyarakat di sekitar Kulim dan kawasan berdekatan yang berminat untuk menyertai Kursus Asas Fotografi Digital 2011 yang bakal dianjurkan di Kulim, Kedah.

Tarikh : 28 Mei 2011
Tempat : Tasik Kulim, Kulim, Kedah
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Anjuran : Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu
Dengan Kerjasama
Kolej Komuniti (Cawangan Bukit Mertajam)
Penceramah/Penyelaras Outing : azzaharry theCLIQUEpictures
Yuran Penyertaan: RM 15
Yuran Belajar: PERCUMA (Ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)
Peserta akan diberikan sijil yang dikeluarkan oleh Kolej Komuniti.

Jika anda berminat untuk menyertai kursus ini, sila buat pembayaran untuk mengesahkan kehadiran anda.

No. Akaun:
1521 1619 7729 - Maybank (Rohaida Binti Hamel)
1448 0001 2072 08 - CIMB (Mohammad Roshidie)

Yuran Penyertaan :
RM 15 (RM 10 dibayar ke akaun + RM 5 semasa pendaftaran)

*Selepas membuat pembayaran, sila mesej:
Nama, no. k/p, alamat dan no.telefon anda.

JENIS CAMERA TIDAK TERBATAS: CAMERA HANDPHONE/CAMERA COMPACT/ CAMERA DSLR :)

Maklumat lanjut:
Hubungi: 013-9159007/017-4692300
Facebook: Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu
http://www.facebook.com/pages/Pertubuhan-Belia-Anak-Selasih-Bersekutu/192643347442155

Tuesday, April 26, 2011

Hari Belia Negara 2011






Countdown : 18 days to go.....


Hari Belia Negara 2011 merupakan hari untuk memberi penghormatan kepada belia di seluruh Malaysia kerana penglibatan belia yang memberi banyak sumbangan besar terhadap kerajaan dan negara. Belia seharusnya tidak dipandang sebagai beban kepada negara kerana mereka merupakan aset berharga negara untuk bangsa kerana mereka adalah penentu daya tahan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi pada masa hadapan.

Seramai 11.9 juta belia akan dikembalikan untuk proses pembangunan nasional dengan meletakkan mereka dalam arus utama tanggungjawab nasional yang harus disokong oleh semua institusi pemerintah, sektor swasta dan NGO. Belia harus di didik, di dengar dan dihargai oleh pelbagai gerakan melalui program yang cemerlang.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah mampu menunjukkan potensi belia dan potensi ini harus terus menerus dipertingkatkan. Kejayaan Hari Belia Nasional 2010 adalah titik balik terbaik membawa darah muda belia untuk meneruskan kegiatan yang sihat dan bermanfaat. Melalui peningkatan penyertaan belia dalam pertubuhan-pertubuhan belia jadi gelombang motivasi pada Hari Belia Negara 2010 ( Hari Belia Nasional 2010) harus dipertahankan.

Di olah daripada : Hari Belia Negara

Pada tahun ini, Hari Belia Negara 2011 akan di sambut di Putrajaya pada 15 Mei 2011. Dengan tagline "Himpunan Sejuta Belia Putrajaya Mei 2011" di harap program ini dapat mengumpul pelbagai peringkat belia daripada seluruh pelosok negara bagi menjayakan Hari Belia Negara 2011. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan pada tahun ini kepada seluruh belia di Malaysia.
Maklumat lanjut boleh rujuk website http://www.haribelianegara.org.my/


Saturday, April 23, 2011

Aktiviti yang bakal TIBA???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua belia.

Sedikit info berkenaan dengan aktiviti yang bakal kunjung tiba setelah sekian lama pertubuhan menghilang.

Antara aktiviti yang di rancang:

  1. Program Motivasi Pendidikan dan Kerjaya di rumah anak-anak yatim BEDAYA.

  2. Kursus Asas Fotografi Digital 2011 di Jam Besar Kulim

Melalui dua aktiviti di atas, jika terdapat belia yang ingin melibatkan diri boleh menghubungi pihak Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu di :

e-mail : pertubuhanbeliaanakselasih@gmail.com


Tarikh dan masa aktiviti masih dalam perancangan. Pihak pertubuhan berharap mendapat sokongan daripada seluruh belia di kawasan Kulim dan masyarakat setempat.
Terima Kasih.

Tuesday, March 8, 2011

Pertanian adalah Perniagaan

Salam dan Selamat sejahtera.

Aktiviti-aktiviti penternakan, pertanian dan perikanan sedang meningkat naik kerana sumber ekonomi ini kian berkurang. Kerajaan menggesa belia-belia muda yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam bidang tersebut untuk menceburi dan membantu untuk meningkatkan sumber ekonomi Malaysia.

Akan tetapi golongan belia kebanyakannya beranggapan bidang penternakan, pertanian dan perikanan merupakan suatu bidang yang sukar kerana memerlukan kemahiran, kesabaran dan minat yang tinggi dalam bidang tersebut. Sebagai contoh bidang- bidang ini memerlukan kesungguhan kerahan tenaga dan "turun padang" untuk memantau aktiviti yang dijalankan dan kebanyakan aktiviti melibatkan kerja-kerja tanah, najis-najis haiwan dan kekotoran.

Golongan belia memandang rendah kepada bidang ini kerana tiada pendedahan secara berterusan seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan dan lain-lain bidang professional. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa pentadbirannya, beliau banyak menumpukan kepada pemulihan sektor PERTANIAN di Malaysia yang kian mundur. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bidang pertanian di Malaysia semakin diminati dengan menjadikan "Pertanian adalah Perniagaan" sebagai slogan.

Anda boleh melayari website ini untuk mengetahui tentang aktiviti penternakan yg dijalankan di Negeri Sembilan. http://www.belia.org.my .

Antara bidang-bidang penternakan, pertanian dan perikanan yang popular ketika ini :
  • Penternakan Kambing Boer, Jamnapari & Bebiri
  • Penternakan Ikan Kelisa
  • Penternakan Burung Walid
  • Penanaman rumput Napier
  • Penternakan Lintah
  • dan pelbagai lagi.





Penternakan Kambing dan bebiri semakin diminati.

Dengan lahirnya golongan belia yang meminati bidang ini pertubuhan mengharap aktiviti-aktiviti mereka dapat bergerak maju dan boleh memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.
PERTUBUHAN BELIA ANAK SELASIH BERSEKUTU MEMBERI SOKONGAN PENUH KEPADA BELIA YANG INGIN MELIBATKAN DIRI DALAM BIDANG PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN.
Sekian, terima kasih

Tahun 2011 bakal menggegarkan~

Assalamualaikum, Salam ukhwah fisabilillah, salam satu Malaysia, salam sejahtera untuk belia-belia yang berkunjung ke blog Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu, Kulim, Kedah.

Sudah lama ruangan blog tidak di isi dengan info yang berguna barangkali tiada santapan untuk dihidangkan kepada para belia sekarang.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2011 bermula dengan ceria dan pertubuhan akan kembali bergerak aktif setelah hampir setahun mendiamkan diri.

Pada, 8 Mac 2011 pihak pertubuhan telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu dan memperbaharui organisasi pertubuhan dengan ahli-ahli baru juga usul-usul baru yang akan membantu peningkatan pergerakan pertubuhan bergerak aktif.

Pertubuhan juga telah menyediakan Fan Page pertubuhan di Facebook, para belia boleh melayari dengan klik link ini : Pertubuhan Belia Anak Selasih Bersekutu dan boleh memberikan cadangan/komen/kritikan yang membina serta dapat mendekatkan diri dengan Ahli Jawatankuasa pertubuhan.

Antara cadangan-cadangan aktiviti untuk tahun 2011 :

  1. Pertandingan Bowling
  2. Aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim
  3. Perkhemahan tahunan
Kami memohon sebarang cadangan atau idea mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun ini. Diharap dengan kerjasama daripada pihak para belia dapat membantu pertubuhan bergerak dengan lebih sistematik.

Sekian, terima kasih.